Assalamualaikum w.b.r.
Kali ni saya nak cerita pasai USAHA... dan Ape Itu USAHA....??? rasanya semua tahu ape itu usaha, xperlulah saya nak beritahu maksudnya, kerana semua orang perlukan usaha. Dari segi fahaman saya, usaha ni sebenarnya satu tindakan seseorang untuk mencapai sesuatu. Usaha melibatkan pelbagai aspek, dari segi AGAMA.., JODOH.., PENDAPATAN.., PEKERJAAN.., PEMBELAJARAN dan bermacam-macam lagi. Akan tetapi untuk kali ini, saya nak menyentuh definisi USAHA di dalam AGAMA.., pencarian JODOH.., PENDAPATAN.., PEKERJAAN dan PEMBELAJARAN.
Ramai orang diluar sana tidak tahu bagaimana nak usaha, dan kebanyakkan hanya REDHA sahaja tanpa usaha. Perlukah kite redha..??? Jawapannya adalah SALAH sama sekali. Kebiasaan manusia akan cakap REDHA apabila dia sudah menyerah kalah, putus asa dan berserah kepada ALLAH. Walhal, Allah menyuruh kite berusaha. Kita disuruh berusaha selagi mampu. Begitu juga dengan rezeki, rezeki tidak akan datang tanpa usaha. Dan Allah juga tidak akan sewenang-wenangnya memberi kita rezeki tanpa kita usaha. Di sini saya nak menerangkan maksud USAHA yang sebenar, kerana ramai yang hanya REDHA sahaja daripada berusaha.
Yang pertama sekali saya nak menyentuh mengenai PEMBELAJARAN. Ia tidak lainnya adalah ILMU. Seseorang yang ingin berjaya di dalam dunia dan akhirat, mereka memerlukan ilmu. Tanpa ilmu, mereka akan sesat. Bagaimana hendak mendapat ilmu...??? Tak kan nak duduk sahaja sampai datangnya ilmu??? Ilmu juga perlu dicari dan perlukan usaha untuk kite mendapatkannya. Sebagai contoh, jika tiada ilmu, masa depan kita akan gelap dan malap. Jika kita ada ilmu, masa depan kita akan cerah. Orang yang tak berusaha, ternyata mereka tidak dapat pekerjaan yang baik dan pendapatan yang mereka inginkan. Tak kan nak redha sahaja apabila kita tidak pandai...??? Tak kan kita nak redha sahaja dengan bercakap, "aku tak pandai, aku cuma mampu setakat ini sahaja"..???jika kita usaha, kepandaian itu akan datang.
Perkara yang kedua adalah PEKERJAAN. Ianya sama juga seperti di atas, Jika kita tak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, bagaimana kita nak meneruskan kehidupan...? Ia berkait rapat dengan perkara yang ketiga iaitu PENDAPATAN. Kalau kita tidak bergerak untuk mendapatkan pekerjaan, apa peranan kita di dunia ni..??? hanya duduk dan duit akan datang..??? mustahil....
JODOH!!!.... suka saya mengenai bab ini... hehehe... Ramai orang diluar sana masih mencari-cari jodoh mereka.... Bagus.., teruskan usaha itu. Sama juga seperti saya... (^_^). Saya nak jelaskan disini sebenarnya, terlalu banyak feedback yang saya dapat mengenai permasalahan jodoh @ pasangan masing-masing. Salah satu daripadanya adalah, ada satu pasangan ini, dia redha dengan pasangan yang dia ada sekarang, padahal dia tak berapa suka dengan pasangannya, dan dia hanya redha dengan apa yang ada. Biasanya perkara yang macam ni la berlakunya keretakan rumah tangga disebabkan salah faham. Kerana semasa bercinta, semuanya indah berlaka. Tidak salah untuk kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dan tidak salah kita mempunyai ramai kawan dan kenalan. Ambil waktu ini untuk kita memahami satu sama lain dan kenal lebih dekat lagi. Kita tidak perlu berserah dengan apa yang ada sebelum kita di ijab kabulkan. Sebab ramai pasangan yang sudah berkawin tetapi masih ada masalah. Semasa bercinta, masing-masing bermulut manis, janji itu ini, setia sehidup semati, akan tetapi sebalik yang terjadi. Terdapat banyak faktor yang menyukarkan kita untuk mendapat jodoh yang ideal. Faktor itu seperti tempat bekerja pasangan anda, pasangan anda berasal dari negeri yang jauh dari negeri anda, dan macam-macam lagi. Faktor ini menyebabkan salah seorang di antara pasangan itu perlulah beralah untuk mengikut pasanganya dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi juga memerlukan kata putus sebelum hidup bersama. Apa yang saya harapkan, supaya pembaca dapat membuat keputusan dengan sebetulnya sebelum melangkah ke alam perkawinan.
Dan perkara kelima adalah AGAMA. Seseorang itu tidak hanya sekadar ISLAM jika dia tidak berusaha untuk mendirikan solat. Rasanya perkara ini, semua sudah tahu, maka.., tidak perlulah saya jelaskan lagi. Akhir kata, berusahalah selagi anda mampu dan jangan sesekali berputus asa, menyerah kalah dan berserah sebelum betul-betul berserah kepada Allah. Janganlah terlalu terburu-buru, kelak anda akan merana seumur hidup anda. Wallahualam... - Firdaus