Monday, 24 September 2012

Harapan yang tak menharap... hahaha...

Assalamualaikum,

     Jumaat yang lepas adalah hari yang dinanti oleh saya kerana dapat makan malam bersama Perdana Menteri... Ni kali ke-2 saya dapat berdekatan dengannya. Apa yang saya harapkan adalah dapat bergambar serta bersalaman dengannya, akan tetapi hajat tu tidak kesampaian... hahahaha.. Takde idea nak update sebenarnya.. Di bawah ni antara gambar-gambar yang sempat saya snap dan di-snap.. (^_^).

Kupon ni saya dapat free daripada Ketua Jabatan, harga tiket ni sebenarnya RM50

Bersama kawan sekerja yang paling rapat dengan saya, saya ngan dia dah macam adik dan abang.





Sedap x..? Nyum... Nyum...

Jauhnya PM... hahaha...


Thursday, 20 September 2012

Promote Lagu Biras (Adik ipar saya punya adik) hahahaha...

Assalammualaikum, kat sini saya nak promote lagu cinta daripada biras saya, iaitu adik kepada adik ipar saya sendiri. Beliau mempunyai lunak suara yang merdu, pernah pergi uji bakat "bukan sekadar rupa" dan juga bila ada majlis perkahwinan, beliau selalu menyumbang suara beliau dengan mendendangkan pelbagai lagu.

Lagu ini mengisahkan tentang hubungan cinta terputus secara tiba-tiba (aku pun main komen je, hahaha). Agak sedih jugak kalau kita menghayatinya dan pernah jugak berlaku pada saya. Memang sedih apabila orang yang pernah kita sayang dan berjanji ke jinjang pelamin dan akhirnya putus begitu sahaja. Tanpa membuang masa, jom kite perdengarkan lagu di bawah ni.. (xmenyesal kalau dengar banyak kali pun)


Ejai Aziz

Ni adalah DP fb beliau dan page beliau http://www.facebook.com/ejai.aziz

Thursday, 13 September 2012

USAHA... Ape Itu USAHA...???

Assalamualaikum w.b.r.

Kali ni saya nak cerita pasai USAHA... dan Ape Itu USAHA....??? rasanya semua tahu ape itu usaha, xperlulah saya nak beritahu maksudnya, kerana semua orang perlukan usaha. Dari segi fahaman saya, usaha ni sebenarnya satu tindakan seseorang untuk mencapai sesuatu. Usaha melibatkan pelbagai aspek, dari segi  AGAMA.., JODOH.., PENDAPATAN.., PEKERJAAN.., PEMBELAJARAN dan bermacam-macam lagi. Akan tetapi untuk kali ini, saya nak menyentuh definisi USAHA di dalam AGAMA.., pencarian JODOH.., PENDAPATAN.., PEKERJAAN dan PEMBELAJARAN.

Ramai orang diluar sana tidak tahu bagaimana nak usaha, dan kebanyakkan hanya REDHA sahaja tanpa usaha. Perlukah kite redha..??? Jawapannya adalah SALAH sama sekali. Kebiasaan manusia akan cakap REDHA apabila dia sudah menyerah kalah, putus asa dan berserah kepada ALLAH. Walhal, Allah menyuruh kite berusaha. Kita disuruh berusaha selagi mampu. Begitu juga dengan rezeki, rezeki tidak akan datang tanpa usaha. Dan Allah juga tidak akan sewenang-wenangnya memberi kita rezeki tanpa kita usaha. Di sini saya nak menerangkan maksud USAHA yang sebenar, kerana ramai yang hanya REDHA sahaja daripada berusaha.

Yang pertama sekali saya nak menyentuh mengenai PEMBELAJARAN. Ia tidak lainnya adalah ILMU. Seseorang yang ingin berjaya di dalam dunia dan akhirat, mereka memerlukan ilmu. Tanpa ilmu, mereka akan sesat. Bagaimana hendak mendapat ilmu...??? Tak kan nak duduk sahaja sampai datangnya ilmu??? Ilmu juga perlu dicari dan perlukan usaha untuk kite mendapatkannya. Sebagai contoh, jika tiada ilmu, masa depan kita akan gelap dan malap. Jika kita ada ilmu, masa depan kita akan cerah. Orang yang tak berusaha, ternyata mereka tidak dapat pekerjaan yang baik dan pendapatan yang mereka inginkan. Tak kan nak redha sahaja apabila kita tidak pandai...??? Tak kan kita nak redha sahaja dengan bercakap, "aku tak pandai, aku cuma mampu setakat ini sahaja"..???jika kita usaha, kepandaian itu akan datang.

Perkara yang kedua adalah PEKERJAAN. Ianya sama juga seperti di atas, Jika kita tak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, bagaimana kita nak meneruskan kehidupan...? Ia berkait rapat dengan perkara yang ketiga iaitu PENDAPATAN. Kalau kita tidak bergerak untuk mendapatkan pekerjaan, apa peranan kita di dunia ni..??? hanya duduk dan duit akan datang..??? mustahil....

JODOH!!!.... suka saya mengenai bab ini... hehehe... Ramai orang diluar sana masih mencari-cari jodoh mereka.... Bagus.., teruskan usaha itu. Sama juga seperti saya... (^_^). Saya nak jelaskan disini sebenarnya, terlalu banyak feedback yang saya dapat mengenai permasalahan jodoh @ pasangan masing-masing. Salah satu daripadanya adalah, ada satu pasangan ini, dia redha dengan pasangan yang dia ada sekarang, padahal dia tak berapa suka dengan pasangannya, dan dia hanya redha dengan apa yang ada. Biasanya perkara yang macam ni la berlakunya keretakan rumah tangga disebabkan salah faham. Kerana semasa bercinta, semuanya indah berlaka. Tidak salah untuk kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dan tidak salah kita mempunyai ramai kawan dan kenalan. Ambil waktu ini untuk kita memahami satu sama lain dan kenal lebih dekat lagi. Kita tidak perlu berserah dengan apa yang ada sebelum kita di ijab kabulkan. Sebab ramai pasangan yang sudah berkawin tetapi masih ada masalah. Semasa bercinta, masing-masing bermulut manis, janji itu ini, setia sehidup semati, akan tetapi sebalik yang terjadi. Terdapat banyak faktor yang menyukarkan kita untuk mendapat jodoh yang ideal. Faktor itu seperti tempat bekerja pasangan anda, pasangan anda berasal dari negeri yang jauh dari negeri anda, dan macam-macam lagi. Faktor ini menyebabkan salah seorang di antara pasangan itu perlulah beralah untuk mengikut pasanganya dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi juga memerlukan kata putus sebelum hidup bersama. Apa yang saya harapkan, supaya pembaca dapat membuat keputusan dengan sebetulnya sebelum melangkah ke alam perkawinan.

Dan perkara kelima adalah AGAMA. Seseorang itu tidak hanya sekadar ISLAM jika dia tidak berusaha untuk mendirikan solat. Rasanya perkara ini, semua sudah tahu, maka.., tidak perlulah saya jelaskan lagi. Akhir kata, berusahalah selagi anda mampu dan jangan sesekali berputus asa, menyerah kalah dan berserah sebelum betul-betul berserah kepada Allah. Janganlah terlalu terburu-buru, kelak anda akan merana seumur hidup anda. Wallahualam... - Firdaus

Tuesday, 11 September 2012

Conquest 1453 (2012) DVDRip MKV Hard-Sub



INFO
Genre: Action | Adventure | Drama
Runtime: 160 min
User Rating: 8.6/10 from 31,840 users
Country: Turkey
Language: Turkish
Subtitle: English
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1783232/


PLOT MOVIE:
In 1453, the Byzantine capital of Constantinople is surrounded by Ottoman Turks. The city is but a shadow of its former glory due to the empire's ever receding coffers, while the Ottoman Empire continues to grow rich. After years of tolerating the existance of Byzantium, the ambitious sultan, Mehmet II launches his campaign to end the Byzantine Empire and take Constantinople for the Ottomans, resulting in arguably the greatest siege of that age.


SCREENSHOT
http://i.imgur.com/gph8h.jpg


DOWNLOAD
OR
OR
OR
OR
OR
OR
OR

The Cabin In The Woods (2011) DVDRip MKV Hard-Sub



INFO
Genre: Horror | Sci-Fi | Thriller
Runtime: 95 min
User Rating: 7.8/10 from 38,050 users
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1259521/


PLOT MOVIE:
Five friends go for a break at a remote cabin in the woods, where they get more than they bargained for. Together, they must discover the truth behind the cabin in the woods.


SCREENSHOT
http://i.imgur.com/ic2hN.jpg


DOWNLOAD
MEDIAFIRE LINK

Thursday, 6 September 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Assalamualaikum..., di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa dan perbuatan secara segaja mahupun tidak. Manusia sememangnya tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Kini tibalah masanya kita perlu memaafi sesama umat Islam. Sekali lagi saya menyusun 10 jari memohon maaf atas apa jua kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang saya hidup di dunia ini.
Seperti tahun – tahun yang lepas, saya masih menyambut aidilfitri kali ini dengan sederhana sahaja. Kerana ada banyak factor – factor yang menyebabkannya. Aidilfitri kini tiba sekali lagi, kemeriahannya terasa bagi orang – orang yang menyambutnya. Ada yang pulang ke kampung halaman, ada yang sekadar beraya di halaman sendiri, ada yang terpaksa bekerja di aidilfitri dan bermacam – macam yang berlaku sebenarnya apabila tiba saat ini. Tidak kiralah macam mana pun keadaan @ situasi seseorang itu, maka seseorang itu tidak terlepas untuk menyambutnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...