Tuesday, 31 July 2012

Surah Al-Maa'Idah

Muqaddimah Surah Al-Maa'Idah

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 120 ayat. Dinamakan surah "Al-Maa'Idah" (Hidangan), kerana peristiwa mengenainya ada disebutkan dalam ayat-ayat 112-115.

Kandungannya: Pada awal surah ini, Allah Taa'la perintahkan orang-orang yang beriman supaya memenuhi serta menyempurnakan perjanjian, sama ada perjanjian itu berhubung dengan Allah Taa'la atau berhubung dengan sesama manusia.

Kemudian diperintahkan lagi supaya menjalankan dasar bantu-membantu dan bertolong-tolongan mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan jangan bertolong-tolongan untuk melakukan dosa dan pencerobohan.

Diperintahkan juga supaya berlaku adil kepada sesiapa sahaja.

Setelah itu diterangkan pula bahawa Allah Taa'la telah menyempurnakan agama Islam dan telah mencukupkan ni'matNya kepada umat Islam serta redhakan "Islam" menjadi agama umat Muhammad (s.a.w.).

Kepada Ahli-ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) ditegaskan: Bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) telah datang kepada mereka, menerangkan banyak dari keterangan-keterangan dan hukum-hukum yang mereka telah sembunyikan dari Kitab-kitab Suci mereka.

Ditegaskan juga bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah sebagai Nur (cahaya) yang menerangi dengan membawa Al-Qur'an yang menunjukkan jalan keselamatan dan kesejahteraan kepada sesiapa yang menurut keredhaan Allah, serta mengeluarkan mereka dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman.

Kemudian diterangkan tentang benda-benda yang diharamkan, hukum orang murtad, hukum orang yang mencuri, dan hukum orang-orang yang melakukan keganasan dan membunuh orang.

Banyak juga ayat-ayat dalam surah ini menerangkan hujjah-hujjah yang membuktikan kekufuran kaum Yahudi dan Kristian, serta menegaskan bahawa sebesar-besar musuh bagi umat Islam ialah kaum Yahudi dan orang-orang kafir musyrik yang menentang Islam.

Paderi Terpaksa Buka Rahsia


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata:

‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Wallahu’alam…

Sunday, 29 July 2012

Hari Minggu yang membosankan~~

 
 Jom kita relek-relek sambil dengar lagu ni...
(Khas untuk seseorang yang memerlukan cinta (^_^))

Maybe it’s true.., that I can’t live without you...
Maybe two is better than one...

X-files... Misteri yang masih belum dapat dirungkai!!!





Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supernatural. Artikel ini bukan dimaksud membahaskan kejadian aneh tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tak mampu dijelaskan sebab musababnya. Bahkan FBI juga telah angkat tangan atau ‘menyerah’ dan masuk dalam ‘X Files’.




Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :




1. Rumah Hantu The Amityville







Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.


Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya apenulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.


Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.


Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.


Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.


Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana. Ada apakah?


2. Misteri Kematian Mary Reeser







Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan oleh akal normal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dijilat api di rumahnya di Florida pada 1951.


Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak dijilat api dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat mustahil. Lebih aneh lagi, seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary Reseer saja. Kerana bilik di sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak terbakar. Padahal dianggarkan suhu api begitu tinggi sama dengan kremasi mayat, dan sepatutnya menyambar ke seluruh bilik bukan hanya tubuh wanita itu.


FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut ambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan kenapa boleh terjadi demikian.


"Saya merasa sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu yang tinggi, boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar sedikitpun.


Apa sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951 itu? Ini sungguh suatu misteri. Seharusnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini adalah kejadian yang paling luar biasa yang pernah saya lihat.


Rambutnya pendek dengan wajah seperti orang ketakutan amat sangat. Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang ramai berbicara tentang sihir dan ilmu hitam, "ungkap Profesor Krogman dari University of Pennsylvania 's School of Medicine. Ia mengaku tak mampu menjelaskan misteri ini.


3. Misteri Jejak Syaitan Berkeliaran di Devon





The Devil 's Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah fenomena yang aneh terjadi di Devon, Inggeris pada tarikh 8 Februari 1855. Setelah salji yang turun di malam hari, keesokannya muncul jejak-jejak kaki di salji berukuran 1.5 inc (4 cm) dan lebar 2.5 inc (6,35 cm).


Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya itu jejak-jejak itu juga ada di atas bumbung bahkan di dinding bangunan yang tinggi.


Penduduk kampung menjadi hairan, risau dan tak mengerti fenomena apa itu. Kerana tak jelas, orang pun mulai berfikir tentang makhluk aneh malah mungkin syaitan yang berkeliaran di kampung mereka. Itu sebabnya muncul istilah Devil 's Footprint.


4. Misteri Zana 'Manusia Purba'





Kejadian ganjil ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad ke-18. Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam Kesatuan Soviet.


Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.


Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya.


Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.


Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas dalam bilik.


Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh mempunyai banyak anak dengan ayah yang berbeza-beza.


Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai sejuk yang hampir beku. Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana, dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.


Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk kampung. Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bongsunya meninggal 1954.


Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah orang-orang tua di kampung itu. Zana juga mempunyai banyak cucu. Mereka berkulit gelap.


Salah seorangnya adalah Shalikula, ia mempunyai gigi yang kuat sehingga ia dapat mengangkat sebuah kerusi dengan seorang lelaki duduk di atasnya.


Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden.


5. Misteri Wanita Penyebar Gas





The Mad Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang berada di balik siri serangan gas yang terjadi di Botetourt County, Virginia, pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada pertengahan tahun 1940-an.


Kejadian pertama berlaku di rumah Cal Huffman, di Haymakertown, Botetourt County, di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu malam.


Sekitar 10:00 pada 22 Disember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau yang tidak biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan kembali lagi sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.


Ketiga serangan berlaku sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas memenuhi seluruh rumah. Lapan ahli keluarga Huffman telah mati bersama-sama dengan Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di rumah itu.


Kemudian yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24 Disember. Clarence Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang dari gereja 9:00 Mereka pun lemas.


Polis menyiasat kawasan ini, menemui paku yang diambil dari belakang jendela, di mana bau gas sangat kuat. Diduga, lubang itu digunakan untuk memasukkan gas ke dalam rumah itu.


Kejadian ketiga pada 27 Disember, di mana penduduk Troutville, A. Kelly dan ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat Huffman dan Hall.


Insiden keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore, seorang tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan mendengar suara di luar, sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui tingkap yang rosak. Kedua-dua serangan malam yang dilaporkan dalam Troutville, di rumah Kinzie G.


Terdapat juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam 10 tahun kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di Mattoon.


Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu adalah seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti seorang lelaki namun tapak kakinya milik seorang perempuan.


6. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle





Bridgewater Triangle merupakan wilayah sekitar 200 batu persegi (520 km2) di tenggara Massachusetts, Amerika Syarikat. Sejak masa penjajah, daerah itu dikenali sebagai kawasan yang mempunyai banyak misteri yang sukar dijelaskan.


Pelbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya tentang fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di sana dan juga fenomena hantu.


Berita yang beredar tentang nampaknya 'bigfoot', ular raksasa, burung raksasa, serta ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan wartawan telah berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.


Kawasan itu menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga dipanggil Hockomock Swamp, yang bererti "jiwa dwell", atau penduduk tempatan menyebutnya sebagai "The Devil 's Swamp"


Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah munculnya cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang menyebut kelip kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya kelihatan di kawasan berawa.


Fenomena lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater Triangle. Lampu aneh itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel keretapi yang melintasi daerah itu.


7. The Clapham Wood Mystery





The Clapham Wood Mystery adalah nama yang diberikan berkaitan dengan peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex, Inggeris.


Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga tempatan yang mengalami fenomena aneh itu. Misalnya, binatang kesayangan keluarga yang hilang secara tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa sebab.


Sejak 1960 dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda terbang aneh (UFO?), Juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang aneh dan ghaib.


Jalur yang dilaporkan misteri adalah jalur ke dalam hutan. Dari hasil kajian diperoleh bahawa negeri itu mempunyai tahap radiasi tinggi. Laporan ini mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan kawasan batu kapur yang biasanya rendah radiasi.


Dalam foto, pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan besar. Namun akibat 'tekanan' pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar mencari pokok pokok besar di sana.


Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan. Pertama Jun 1972 di mana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di daerah itu. Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.


Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang.


Yang ketiga adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, bekas wakil dari Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak ditemui sehingga 3 tahun kemudian. Kejadian di Clapham ini hingga kini tidak dapat dijelaskan.


8. Misteri Rumah Hantu Summerwind



Summerwind Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion, merupakan gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin. Daerah itu merupakan salah satu daerah yang paling keras di Wisconsin.


Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana pernah berlaku kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan semua gudang di sana.


Summerwind pada awalnya dibina pada awal abad ke-20 untuk kegunaan para nelayan. Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai arkitek di syarikat Tallmadge and Watson.


Kemudian dia mengubahsuai bangunan itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia sudah diperingatkan bahawa bangunan itu keras.


Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan 'penunggu' rumah itu. Kejadian itu berlaku era 1930, Lamont melihat hantu di dapur rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya itu.


Setelah pemergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.


Tahun 1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal, keluarga ini kerap diganggu pelbagai kejadian aneh.


Hinshaws melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang bergerak dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika mereka masuk ke bilik, atau tingkap yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka melaporkan beberapa kali melihat hantu wanita di sekitar ruang makan.


Mungkin kerana tidak tahan tekanan, dalam masa enam bulan selepas pindah ke Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger, isterinya, cuba bunuh diri.


Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya di Granton, Wisconsin.


Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang menyebabkan munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian bangunan itu rosak teruk.


Yang anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya banyak pokok tinggi melebihi bangunan itu tapi sama sekali tidak disambar petir.


Pada masa ini bangunan itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak dijaga.


9. Hopkinsville Goblins: Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya





Kejadian Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam sejarah benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini didokumenkan dengan baik. Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan Hopkinsville, Kentucky, pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi.


Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi yang melihatnya. "Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang terlihat beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.


Mereka melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga kaki. Saksi melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas.


Pada malam 21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor menjemput rakan-rakannya gi untuk makan malam. Ketika melihat ke atas, mereka melihat ada cahaya aneh di langit sebelah barat.


Kumpulan ini juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki berkepala besar, telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya mengeluarkan api.


Makhluk itu mendekati rumah Taylor sampai terletak 20 kaki. Orang-orang yang melihat mengambil kamera dan bersiap-siap menggunakannya. Namun makhluk itu kemudian melarikan diri ke arah kegelapan malam.


Setelah itu, semua ahli keluarga berulang kali melihat nampak makhluk itu yang sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang cerita aneh. Untuk lebih jelas anda boleh membaca artikel lengkapnya di Wikipedia.


10. Manusia Kadal dari Scape Ore Swamp





Kejadian ini terjadi di kawasan berawa di daerah Lee Country, Carolina Selatan. Makhluk aneh yang digambarkan mempunyai tinggi 7 feed atau lebih dari 2 meter, berbadan tegap dengan kulit yang bersisik berwarna hijau muncul di sana.


Matanya menyeramkan sebesar limau glowing. Makhluk itu mempunyai tiga jari pada tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk cicak dari rawa.


Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh Christopher Davis, 17 tahun, penduduk tempatan. Ia mengatakan, makhluk yang ditemui pada masa membawa kenderaan melalui sempadan Scape Ore Swamp.


Kebetulan pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia terpaksa berhenti untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia mendengar suara di belakangnya.


Semasa berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang berjalan menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang keretanya, dengan melompat di atas bumbung kereta.


David berusaha lari. Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta.


Beberapa bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian dialami David. Dilaporkan, makhluk itu mirip kadal raksasa berada di dekat rawa.


Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 batu atau 5 km dari Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.


Dua bulan kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui jejak tapak kaki berukuran 14 inc panjangnya. Lalu polis menghantar laporan itu kepada FBI untuk siasatanlebih lanjut.


Namun analisa FBI menemui jalan buntu, hingga sekarang tak jelas, makhluk apakah yang berperawakan mirip cicak itu.

Friday, 27 July 2012

Surah An-Nisaa'

Muqaddimah Surah An-Nisaa'

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 176 ayat. Dinamakan surah "An-Nisaa'" (Perihal Perempuan), kerana banyak sekali hukum-hukum mengenai Kaum Perempuan ada disebutkan di dalamnya.

Intisari kandungannya : Menerangkan hukum beristeri lebih dari satu; bayaran maskahwin; perintah supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik dan jangan terburu-buru menceraikannya jika timbul perasaan benci terhadapnya; larangan mengambil harta benda yang telah diberikan kepada isteri setelah ia diceraikan; kaum perempuan - seperti kaum lelaki - ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; sebabnya kaum lelaki menjadi pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan; sifat isteri yang salih; cara melayani isteri yang nusyuz (derhaka); lantikan "orang tengah" semasa berlaku perselisihan di antara suami isteri untuk didamaikan.

Ditegaskan pula bahawa orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan cara yang salah, samalah seperti menelan bara, dan mereka akan beroleh azab seksa.

Pembahagian harta pusaka: Dalam surah ini diterangkan dengan panjang lebar tentang orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan yang berhak mendapat harta pusaka, dan tentang bahagian yang akan didapati oleh tiap-tiap seorang menurut cara yang telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala.

Orang-orang yang menjalankan pembahagian harta pusaka bertentangan dengan hukum Syara', diberi amaran yang sekeras-kerasnya bahawa mereka akan di seksa dalam neraka.

Selain dari itu, surah "An-Nisaa'" ini dipenuhi dengan hukum-hukum yang diwajibkan atas orang-orang Islam menjalankannya untuk menguruskan soal-soal hidup dan untuk menegakkan taraf mereka sebagai satu umat dalam negara yang merdeka dan berdaulat; dan juga supaya mereka bersiap sedia pada bila-bila masa untuk menentang sebarang pengkhianatan atau sebarang serangan bersenjata dari pihak musuh.

Thursday, 26 July 2012

Surah A-Li'Imraan

Muqaddimah Surah A-Li'Imraan

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 200 ayat. Dinamakan surah "A-Li'Imraan" (Perihal Keluarga 'Imran) kerana kisah mereka ada disebutkan mulai dari ayat 33.

Kisah Keluarga 'Imran ini menerangkan perihal Nabi 'Isa (a.s.) yang sebenarnya dan kesesatan kaum Kristian yang mensifatkan Nabi 'Isa sebagai Tuhan atau Anak Tuhan.

Pada umumnya surah ini menggambarkan keadaan umat Islam di Madinah setelah mereka mencapai kemenangan yang besar di medan perang Badar dan berjaya menghancurkan kaum kafir musyrik yang menceroboh.

Kemenangan umat Islam ini menyebabkan kaum Yahudi dan kaum munafik di Madinah marah - kerana hasad dengkinya - lalu merancangkan berbagai-bagai pakatan jahat terhadap umat Islam.

Sebab itulah Allah Ta'ala mengingatkan sebagaimana yang tersebut di dalam surah ini supaya umat Islam sentiasa sedar dan waspada terhadap golongan-golongan kafir yang memusuhi Islam.

Apa yang telah dan sedang dilakukan oleh musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan Kristian terhadap Islam dan umat Islam makin menjelaskan hakikat ini.

Dalam surah ini juga diterangkan peristiwa "Peperangan Uhud" dan sebab-sebab yang menjadikan orang-orang Islam gagal dalam peperangan itu, iaitu sebahagian di antara mereka melanggar perintah Rasulullah (s.a.w.).

Untuk menanamkan semangat perjuangan jihad, ditegaskan dalam surah ini, bahawa orang-orang Islam yang telah gugur syahid dalam perjuangan membela Islam bukanlah orang yang mati dan lenyap dengan tidak disebut-sebut dan dikenang, bahkan mereka hidup secara istimewa dan meningkat ke tempat yang mulia di sisi Allah dengan dilimpahi nur dan pelbagai ni'mat yang disediakan oleh Allah Ta'ala di dalam Syurga.

Tuesday, 24 July 2012

Surah Al-Baqarah

Muqaddimah Surah Al-Baqarah

Surah ini ialah surah yang terpanjang sekali di antara surah-surah Al-Qur'an, ia mengandungi 286 ayat dan meliputi juz pertama, juz kedua dan tiga per lapan juz ketiga.

Surah "Al-Baqarah" ini diturunkan di Madinah sebaik-baik sahaja Nabi (s.a.w) berhijrah ke Madinah dan orang-orang Islam terbentuk sebagai satu umat dalam sebuah negara merdeka - Negara Islam, yang berpenduduk bukan sahaja dari orang-orang Islam tetapi juga sebahagian kecil di antaranya ialah orang-orang Yahudi dan lain-lainnya.

Bagi memenuhi hajat umat Islam yang baharu terbentuk itu, ia memerlukan hukum-hukum syara' untuk mengatur hidupnya supaya selamat sempurna, dan memandu usaha mengembangkan Islam kepada orang-orang yang bukan Islam, maka turunlah ayat-ayat suci yang terkandung di dalam surah Al-Baqarah ini dari semasa ke semasa, menurut maksud-maksud dan tujuan yang tersebut.

Kandungan surah Al-Baqarah ini pada umumnya terbahagi kepada dua bahagian.

Dalam bahagian yang pertama - kecuali beberapa ayat pada permulaan surah ini yang menegaskan kebenaran Al-Qur'an, dan menerangkan sifat orang-orang yang beriman, orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan menyeru umat manusia seluruhnya supaya menyembah Allah Yang Maha Esa dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain, serta diterangkan tentang kejadian manusia, dan alam langit dan bumi, dan tentang balasan baik (ni'mat syurga), dan balasan buruk (azab neraka), dan juga tentang perihal Nabi Adam (a.s.) serta keingkaran Iblis; - mulai dari ayat 39, firman Allah Ta'ala ditujukan kepada kaum musyrik Arab dan kaum Yahudi supaya mereka memeluk Islam, dengan beriman kepada Kitab Allah Al-Qur'an dan kepada RasulNya Nabi Muhammad (s.a.w.).

Dalam bahagian yang kedua pula diterangkan secara luas tentang hukum-hukum syara' bagi mengatur kehidupan umat Islam meliputi "Ibadat" (sembahyang, zakat, puasa, haji, dan jenis-jenis kebajikan); "Mu'amalat": (berjual beli, hutang piutang, wasiat, menjadi saksi dan sebagainya); "Munakahat": (nikah kahwin, talak dan segala yang berhubung dengannya); "Jinayat" (jenayah) serta soal-soal umum yang lain.

Dalam Sahih Muslim ada satu hadith yang bermaksud: "Bacalah kamu surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya menerima ajarannya mendatangkan berkat (kebaikan yang banyak), dan membiarkannya (mencuaikannya) menyebabkan timbul perasaan sesal dan kecewa; dan orang-orang yang menceburi diri dalam keadaaan yang batil (yang salah) tidak akan dapat menggunakan ajarannya".

Saturday, 21 July 2012

Surah Al-Faatihah

Salam dan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan... di sini saya ingin menyentuh mengenai pembacaan Al-Quran sebagai salah satu aktiviti yang dituntut dalam Islam apabila datangnya bulan Ramadhan... untuk bulan Ramadhan ini.., saya berasa senang hati untuk merumuskan setiap surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ini.. Dengan itu.., marilah kita sama-sama mengetahui maksud sebenar dan kerana apa surah itu diturunkan :









Muqaddimah Surah Al-Faatihah

Surah ini dinamakan "Al-Faatihah" (Pembukaan atau yang mula-mula). Ia juga dinamakan "Ummu'l-Qur'an" (Ibu Al-Qur'an) dan "Ummu'l-Kitab (Ibu Kitab Suci), kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar yang kerananya Al-Qur'an diturunkan untuk menerangkan satu persatu, iaitu :


  1. Menerangkan wujudnya Allah 'Azza wa Jalla yang mencipta seluruh alam.
  2. Menyebutkan kesimpulan sifat-sifat Al-Jalaal (Kebesaran) dan sifat-sifat Al-Kamaal (Kesempurnaan).
  3. Menyatakan kepada manusia akan hari kiamat yang padanya kelak ia akan menerima balasan amalnya, supaya seseorang itu tidak menumpukan usahanya kepada mencari nikmat hidup dunia dan kelazatannya semata-mata.
  4. Menerangkan tugas yang kerananya manusia diciptakan oleh Allah Ta'ala, sebab ibadat itu dengan segala jenisnya tidak diperlukan oleh manusia kerana ia menghidupkan iman, menyihatkan tubuh badan, memperbaiki akhlak dan mensucikan jiwa. Maka berhasillah kebahagiaan manusia - kebahagiaan perseorangan dan kebahagiaan orang-orang yang sejenis dengannya.
  5. Memperkatakan tentang kelemahan manusia, bahawa ia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah Ta'ala dan izinNya.
  6. Menerangkan bahawa perkara yang utama dihajati dan dipohon daripada Allah Ta'ala ialah memperoleh hidayah dan taufik ke jalan yang membawa kebahagiaan dan cara melaluinya. Kerana telah sedia ada berbagai jalan yang akan ditempuh, dan cara-cara melaluinya pula banyak, berbilang-bilang dan berlain-lain, disebabkan berlain-lain tabiat, adat dan hawa nafsu yang beranika ragam.
  7. Mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah-kisah umat-umat yang telah lalu dan hal ehwalnya, supaya ia memilih akan apa yang menyebabkan kebahagiaan mereka, dan berjaga-jaga serta menjauhkan diri dari apa yang menyebabkan kecelakaan mereka, sehingga dapatlah ia hidup di dunia ini dalam keadaan yang selamat dan berjaya mendapat nikmat yang kekal pada hari akhirat kelak dalam syurga "Daru's-Salam".
Surah ini juga dinamakan "As-Sab'u'l-Mathaani" (Tujuh ayat yang diulang-ulang) bacaannya dalam sembahyang yang berbilang-bilang rak'at atau (Tujuh dasar yang diulang-ulang) huraiannya di dalam Al-Qur'an.

Rasulullah (S.A.W.) pernah menyatakan kelebihan surah ini dengan sabdanya yang bermakna: "Tidak ada didalam Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah satu surah yang sama kelebihannya seperti Ummu'l-Qur'an".

Demikianlah kelebihan surah Al-Faatihah yang diwajibkan kepada orang yang mengerjakan sembahyang membacanya sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalam jika ia tidak musafir.

Friday, 20 July 2012

Bulan Ramadhan~~


Assalamualaikum... bulan puasa kini kembali lagi... bulan yang penuh dengan rahmat dan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda... bulan ini juga bulan dimana semua manusia yang beragama Islam berlumba-lumba untuk mendapat sebanyak mungkin pahala tersebut. Di sini saya ingin mengingatkan rakan-rakan sekalian supaya menggunakan peluang ini untuk kite beramal dan melebihkan amal ibadat... InsyaALLAH...




Di sini saya sertakan niat puasa bulan ramadhan untuk seharian dan untuk sebulan... sebaiknya kita haruslah berniat untuk seharian.., ini kerana.., setiap perkataan yang kita sebut.., kita akan mendapat pahala...





 Oleh itu.., saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam barakah dihari jumaat kepada semua rakan-rakan saya.., salam ramadhan.., selamat menjalani ibadah puasa.., selamat melakukan tarawih.., bertadarus Al-Quran dan selamat melakukan perkara-perkara sunat yang lain dibulan ramadhan ini.., salam ramadhan kepada semua~~

Thursday, 19 July 2012

Oh!!! mama.., saya mahu kawen!!! kawen dengan siapa??

Kawen!!! hurmmm... untuk orang bujang cam saya ni.., satu masalah paling complicated dalam hidup... sebab ape kan.., sebab ada bermacam hal nak kene fikir. Of coz la yang pertama sekali adalah kewangan... xkan nak wat loan semata-mata untuk kawen??? macam xberbaloi plak... hurmm... zaman sekarang ni, duit hantaran je dah dekat RM10k, walaupun ibu ayah bagi pinjam.., tapi still jugak ayat tu "Pinjam"... arggghhh... Akan tetapi, nasib baik orang macam saya ni pandai uruskan kewangan...
dalam erti kata - berjimat cermat~~




Yang kedua pulak adalah jodoh.., yang sekian lama xsampai-sampai lagi... ni lagi satu masalah jugak... hurmm... bab ni sebenarnya ramai yang xpaham... rata-rata ramai yang cakap saya ni memilih... hurmm... sebenarnya xsalah kita nak memilih.., sebab ni soal masa depan kita... xkan kita nak pakai muat je... dalam diri saya simple je... if saya dah suka pada seseorang tu.., dan if perempuan itu menerima saya seadanya.., maka itulah yang saya akan pilih... masalahnya.., antara yang saya suka tu.., mesti feedback-nya mengecewakan... sebab ape.., yang saya perlukan adalah suka sama suka... mudah je kan... what u give, u get back~~




Rasanya.., apabila masalah di atas ni selesai.., maka dah xde ape lagi nak dipikirkan... tinggal nak kawen je... hehehe... dan perkara paling saya suka selepas kawen adalah memiliki family dan anak sendiri... rasa xsabar pulak nak ada anak sendiri kan... hehehehe... harap selepas kawen nanti.., saya harap saya akan jadi seorang ayah yang baek.., dan mendidik anak-anak ke arah kebaikkan... InsyaALLAH...


Wednesday, 18 July 2012

Jam kegemaran saya~~


Jam yang menjadi kegilaan saya... xtau la bila bleh pakai... hmmm... cadangnye nak suruh je bakal isteri yang belikan masa majlis tunang nanti (xtau la tunang bila, sebab xnampak calonnye lagi) hehehe... yelakan.., sebab kite dah bagi dia 2 bentuk cincin.., at least dia bagi kite jam ni pun dah kira ok la daripada xdapat ape-ape... huhuhuhu... InsyaALLAH.., kalau ada rezeki.. merasa la jugak nak pakai nanti ye... murah je.., RM300 dah bleh dapat~~ :p

Jom gelak terbahak-bahak~~

Hari ni adalah hari pertama saya buat blog... Hahahaha... Seram je bunyinye~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...