Friday, 30 August 2013

Aku Terima Seadanya...

Suatu ketika dahulu..
Awak xsuka saya..
Sebab kebodohan saya..

Saya berkorban lepaskan awak sebab..
Saya tahu saya xsempurna untuk awak..
Awak pergi tanpa toleh saya lagi..

Saat awak gembira..
Saya turut gembira..
Kerana awak dah dapat ape yang awak nak..

Suatu hari saya menangis..
Sebab awak selangkah ke alam perkahwinan..
Tapi saya tetap doakan semoga jodoh awak panjang dengan dia..

Saya minta maaf kat awak..
Sebab itu sahaja ucapan terakhir saya untuk awak..
Tapi saya tahu ianya tidak bermakna lagi..

Satu hari apabila saya melangkah satu kaki ke belakang..
Allah Maha Kuasa telah bagi petunjuk kat saya bahawa..
Kaki awak pun selangkah ke arah sy..

Awak mula mencari..
Mungkin awk terlupa..
Yang awak bukan cari saya..

Sambungannya mungkin :-

A) Si dia akhirnya memilih tulang rusuk yang salah
B) Si dia akhirnya dipermainkan oleh lelaki tersebut
C) Si dia akhirnya kehilangan kedua-duanya
D) Si dia akhirnya kembali ke pangkuanku

(Akan disambung...)



Tuesday, 20 August 2013

-KU SIMPAN RASA -



Kadang - kala, ku simpan perkataan

Tidak dapat ku luahkan
Kerana menjaga perasaan insan
Aku tetap berikan senyuman

Kalimat - kalimatku tersangkut
Bahasaku direbut
Aku berlidah petah tapi bisu
Aku bermadah tapi kelu

Mengapa aku terbungkam?
Kerana…
Agar tiada tangisan ataupun dendaman
Oleh perkataan jika dilontarkan
Enggan engkau yang terguris
Atau perasaanmu terhakis
Sekalipun jantungku terhiris

Ku telan rasa yang berisi luka
Ku hanya diam dan perhatikan sahaja
Tapi…
Di sebalik kepura-puraan menjaga perasaan
Jiwaku menggelepar bergelora
Menuntut hak bersuara
Ingin memberita apa yang ada dalam benaknya

Jika kau tahu perkataan yang dibisukan
Jika kau faham apa yang ku diamkan
Jika kau menelaah madah yang tidak ku luahkan
Kau akan tahu betapa benarnya aku..
Kau akan perasan betapa aku telah berkorban
Kau akan rasa betapa aku menyimpan derita
Tapi…
Aku pendam dan telan buat sekian
Hanya kernaIngin menjaga perasaanmu agar tidak terganggu
Sekalipun sengsara di dadaku telah pun tepu

Cuma.., bila tiba masanya
Ketika rasa membuak duka
Tanpa bahasa, tanpa kata
Kan ku ubati luka dengan jalan yang tidak dijangka


*Saya masih sayangkan awak walau saya tahu begitu mustahil awak untuk saya*


(Walau rezeki itu jatuh dari langit dan berada didepan mata sekalipun, belum tentu ianya milik saya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...