-KU SIMPAN RASA
-
Kadang - kala, ku simpan perkataan
Tidak dapat ku luahkan
Kerana menjaga perasaan insan
Aku tetap berikan senyuman
Kalimat - kalimatku tersangkut
Bahasaku direbut
Aku berlidah petah tapi bisu
Aku bermadah tapi kelu
Mengapa aku terbungkam?
Kerana…
Agar tiada tangisan ataupun dendaman
Oleh perkataan jika dilontarkan
Enggan
engkau yang terguris
Atau perasaanmu terhakis
Sekalipun jantungku terhiris
Ku telan rasa yang berisi luka
Ku hanya diam dan perhatikan sahaja
Tapi…
Di sebalik kepura-puraan menjaga perasaan
Jiwaku menggelepar bergelora
Menuntut hak bersuara
Ingin memberita apa yang ada dalam benaknya
Jika kau tahu perkataan yang dibisukan
Jika kau faham apa yang ku diamkan
Jika kau menelaah madah yang tidak ku luahkan
Kau akan tahu betapa benarnya aku..
Kau akan perasan betapa aku telah berkorban
Kau akan rasa betapa aku menyimpan derita

Aku pendam dan telan buat sekian
Hanya kerna… Ingin menjaga perasaanmu agar tidak terganggu
Sekalipun sengsara di dadaku telah pun tepu
Cuma.., bila tiba masanya
Ketika rasa membuak duka
Tanpa bahasa, tanpa kata
Kan ku ubati luka dengan jalan yang tidak dijangka
*Saya masih sayangkan awak walau saya tahu begitu mustahil awak untuk saya*

(Walau
rezeki itu jatuh dari langit dan berada didepan mata sekalipun, belum tentu
ianya milik saya)
No comments:
Post a Comment