Thursday, 6 September 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Assalamualaikum..., di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa dan perbuatan secara segaja mahupun tidak. Manusia sememangnya tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Kini tibalah masanya kita perlu memaafi sesama umat Islam. Sekali lagi saya menyusun 10 jari memohon maaf atas apa jua kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang saya hidup di dunia ini.
Seperti tahun – tahun yang lepas, saya masih menyambut aidilfitri kali ini dengan sederhana sahaja. Kerana ada banyak factor – factor yang menyebabkannya. Aidilfitri kini tiba sekali lagi, kemeriahannya terasa bagi orang – orang yang menyambutnya. Ada yang pulang ke kampung halaman, ada yang sekadar beraya di halaman sendiri, ada yang terpaksa bekerja di aidilfitri dan bermacam – macam yang berlaku sebenarnya apabila tiba saat ini. Tidak kiralah macam mana pun keadaan @ situasi seseorang itu, maka seseorang itu tidak terlepas untuk menyambutnya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...