Monday, 8 July 2013

Di mana Sindarela-ku...???

Assalamualaikum semua...

Hari ni hari Isnin, 8 July 2013 bersamaan dengan 29 Sya'ban 1434. Bermakna 2 hari je lagi untuk kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Hari ini saya mendapat ilham untuk menulis sedikit coretan di ruangan ini bertajuk "Di mana Sindarela-ku"... hehehe..

Pada 2 Jun 2013, iaitu seminggu selepas ibu dan ayah saya berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah, saya dengan tiba - tibanya dapat merasakan sesuatu dan tergerak hati untuk membeli cincin emas. Hehehe.. (Mungkin doa saya dimakbulkan oleh Allah disana, InsyaAllah)

Siapa yang muat, saya hadiahkan untuknye... hehe

Saya terpaksa luahkan perasaan saya disini kerana, disini mungkin salah satu medan untuk saya luahkan isi hati saya. Hehehe.. (Ayat macam pusing balik je... :p ). Sekarang ni saya masih menunggu di mana sindarela saya. Masalah yang saya hadapi sekarang ni adalah, apabila saya berkawan, mesti tak lekat. Saya pun hairan. Adakah cara saya berkawan salah...? Mungkin... Hmmm... Dengan harapan.., jodoh saya tu cepat cepatlah muncul ye.. Saya menunggu Awak... (^_^)


Monday, 1 July 2013

Satu Petanda Baik Untuk-Ku, InsyaAllah...

Kalimah ALLAH di atas Kurma Nabi
Assalamualaikum...

Pada 28 May 2013 bersamaan 18 Rejab 1434 yang lepas, Ibu dan Ayah telah pun berlepas pergi ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Ibadah Umrah dan pada 8 June 2013, alhamdulillah mereka telah pun pulang ke tanah air dengan selamatnya.

Seperti biasa saya ada memohon 3 doa untuk ibu sampaikan apabila teringat di sana. Yang pertamanya adalah, saya meminta supaya ibu mendoakan supaya saya mendapat jodoh yang terbaik dalam masa terdekat ini. Selain meminta daripada ibu bapa saya, ada 3 orang lagi yang juga pergi ke sana telah saya pinta (Macam xbtol je ayat BM saya ni, lantakkan... hehehe).

Doa kedua yang saya mohon adalah, supaya saya berubah ke arah kebaikan.., InsyaAllah... Doa ketiga terpaksa saya rahsiakan kerana sejak sejak ini., seolah olah ada petunjuk diberi kepada saya., InsyaAllah saya kan cuba mencari jalannya.

Seperkara lagi, apabila saya hendak makan buah kurma, saya amat terkejut apabila kurma nabi yang dibeli oleh ayah saya di sana telah membuatkan saya sangat terharu. Ianya satu nikmat kesyukuran yang amat besar buat saya. InsyaAllah semoga ada petanda yang baik untuk saya juga kelak.

InsyaAllah bermulanya saat ini, perjalanan hidup saya diberkati dan baik baik hendaknya... Amin... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...