Tuesday, 7 May 2013

Aktiviti Terakhir-ku - Skytrex Adventure Extreme Challenge

Assalamualaikum...

Pada 27 April 2013 yang lepas, satu lagi aktiviti sukan telah pun saya laksanakan. Selaku Pengerusi Sukan TGSU Kolej Tunku Abdul Rahman (Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman), saya telah menunaikan janji saya iaitu ingin melakukan perubahan dan kelainan di dalam sukan dan mewujudkan sesuatu yang baru selari dengan peredaran zaman.

Syukur Alhamdulillah.., aktiviti ini berjalan dengan baik dan semua peserta yang hadir juga begitu gembira setelah aktiviti ini selesai. Akan tetapi, ini adalah aktiviti terakhir saya, kerana saya sedikit kecewa dengan sikap exco-exco dan ahli-ahli sendiri. Saya sudah merasa bermacam kerenah dan ragam ahli-ahli. Cukuplah idea sumbangan aktiviti saya sampai disini sahaja dan saya berharap pada tahun hadapan, ada Pengerusi yang baru dapat membuat yang terbaik daripada ini lagi, InsyaAllah.

Dengan harapan, semoga aktiviti saya yang terakhir ini menjadi ingatan buat para peserta. Amin...

Borang Penyertaan

Iklan di sebalik Borang Penyertaan...
Sijil Penyertaan
Ini Semua Poyo!!!
Yang belakang saya tu Setiausaha Sukan
Yeehaaa!!!
Kepenatan~~
Para peserta yang sporting...

Tuesday, 16 April 2013

Mempengerusikan Majlis Minum Petang Bersama Presiden MTUC

Assalamualaikum semua...

Pada 12 April 2013 yang lepas, saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk mempengerusikan majlis minum petang bersama Presiden MTUC. Bagi saya ianya bukan satu tugas yang mudah, kerana majlis ini julung kali diadakan... Dengan perasaan rendah dirinya.., saya cuba menggalas tugas yang diberikan oleh Yang Di Pertua Exco ini.

Sudah banyak restoran saya membuat survey... antaranya western.., steamboat dan makanan timur.. Akan akhirnya, Pizza Hut juga menjadi pilihan... hehehe.

Pada masa tersebut.., tunggu punya tunggu.., Presiden MTUC tidak dapat hadir kerana masalah peribadi dan kami menyantap, meratah dan melahap sahaja makanan yang terhidang itu. hahahaha..

Di bawah ni antara gambar-gambar yang sempat saya snap..., sebab saya juga sebagai cameraman pada waktu itu... hehehe.. kerja amal la katakan.. (^_^)

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...