| Pengurus Bola Sepak yang baru bersama Mantan |
Salam semua, agak lama jugak saya tidak update blog ni... Kerana terlalu sibuk dari segi kerja di kolej, mencari idea untuk sukan kolej dan juga memperbaharui system di dalam pasukan Sri Indah A FC.
Pada awal tahun 2013, saya telah diberi kepercayaan dan diberi mandat untuk memimpin sebuah pasukan bola sepak di kawasan perumahan saya. Pasukan ini telah lama dibentuk dan sudah 4 tahun menyertai Liga Subang di bawah Parlimen Subang. Dari segi pengalaman yang ada, In Sha Allah saya boleh mengendalinya dan pasukan saya sekarang dalam keadaan yang terbaik cuma tiada padang sahaja. hehehe...
Jawatan ini sangatlah berat kerana ia melibatkan mentality pemain, disiplin pemain dan juga kerjasama sesama pemain. Alhamdulillah keadaan masih terkawal dan pemain menghormati cara pimpinan saya. Saya masih ada banyak idea dan perubahan yang saya ingin lakukan untuk pasukan saya ini. Yang pertamanya adalah, saya ingin memajukan surat permohonan sebuah padang kepada dua pupu saya (anak saudara ayah saya) iaitu Datuk Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi sama sama memberi sokongan kepada saya untuk merialisasikan impian pemain bola sepak saya ini. Tidak dengan itu sahaja, saya harap YB ini dapat menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada saya supaya perjalanan pasukan saya dalam keadaan sempurna.
Yang keduanya, saya ingin membentuk satu pasukan yang terbaik dari segi kemahiran bermain, kawalan didalam permainan dan tidak lupa juga, memiliki pegawai yang terbaik untuk sama sama menjayakannya.
Rasanya sampai disini sahaja nurkilan dari saya, jika ada masa nanti, In Sha Allah saya akan update lagi. Sebelum itu, saya berjanji dalam diri saya, saya akan membentuk pasukan saya menjadi sebuah pasukan yang disegani satu hari nanti dan diharap kerjasama dari semua pihak yang menjayakannya. In Sha Allah, Amin..
*jika nak tengok gambar-gambar pasukan saya, sila ke web ini -> http://www.facebook.com/krt.sriindaha/photos_albums
*jika nak tengok gambar-gambar pasukan saya, sila ke web ini -> http://www.facebook.com/krt.sriindaha/photos_albums
No comments:
Post a Comment