Thursday, 27 June 2013

Cendol mengajarku erti kasih...


Assalammualaikum...

Ramai orang suka makan cendol, termasuk saya. Akan tetapi.., ramai yang jarang dapat sebuah penghargaan seperti mana yang saya dapat. Dengan memakan cendol sahaja, sedikit sebanyak telah mengubah cara hidup saya hingga kini. Nak tahu bukan...!!! hehehe...

Cerita ni agak lama jugak.., sejak dari zaman Nokia Model 3310 lagi... hehehe... Seperti biasa selepas habis je kuliah dalam jam 4 petang, badan terasa penat dan lesu. Pada waktu itu, saya dan kawan semoto tiba-tiba teringin nak makan cendol. Maka kami pun singgah di satu gerai di tepi jalan. Dengan secara pantasnya kami pun order, "Cendol pulut 2 - makan". Tidak sampai 5 minit makanan pun siap, dan peniaga tersebut pun hidang kepada kami.

Kebetulan pada masa itu, kami semeja bersama seorang pakcik dan makcik yang sedang makan disitu. Umurnya dalam lingkungan 60an. Beliau mengajak kami bersembang mengenai pelajaran. Kami dengan hati terbuka, kami pun mendengar setiap tutur kata beliau walaupun pada waktu itu kami cuma dengar-dengar ayam sahaja. Dalam masa sama, beliau menyuruh kami belajar rajin-rajin demi masa depan anak melayu. Sedikit sebanyak telah menyentuh hati kami.

Selepas kami dan pakcik makcik tadi berborak, makanan pun habis dimakan. Tiba-tiba pakcik tadi pun bangun dan membayar makanan cendol kami tadi. Saya dan kawan memandang sesama sendiri dengan mengangkat kening sebagai tanda "rezeki". Seperti biasa, kami ucapkan terima kasih kerana belanja kami makan. Sewaktu kami ingin beredar, agak terperanjatnya saya dan kawan bahawa pakcik dan makcik tadi tu menaiki kereta BMW. Pada waktu itu, segala penceritaannya tadi terus masuk ke dalam memory pemikiran saya.

Sejak dari itu, saya mula bertekad akan menjadi seperti pakcik tersebut. Walaupun nilai cendol hanyalah RM2 untuk 2 mangkuk.., akan tetapi sedikit sebanyak mengajar saya pelbagai pengertian. Jika satu hari nanti apabila kedudukan saya seperti pakcik tersebut, tidak mustahil saya akan belanja sesiapa sahaja yang makan semeja dengan saya. InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...