Wednesday, 2 October 2013

Tentang Aku...

Kini tiba masanya saya ceritakan kemelut yang berlaku di sebalik kehidupan saya. Ini merupakan kisah beberapa wanita yang pernah saya kenal selama ini. Persoalan utama, kenapa saya sering ditinggalkan dan masih single selama 7 tahun lebih..? Ini jawapannya.., sejak dari kecil lagi, saya telah di didik untuk bersederhana. Maka.., sesiapa yang pernah keluar dengan saya, saya akan menunjukkan sikap yang sangat ketara, iaitu berjimat. Jimat bukanlah bermaksud kedekut. Kadang - kadang saya sangat berkira apabila bab berbelanja. Itu adalah kelemahan saya yang tidak asing lagi. Bagi saya, hanya yang bergelar Sang Isteri sahaja yang berhak saya belanja. Sampai satu ketika saya sering dilabel sebagai KEDEKUT. Saya sudah lali dengan panggilan itu. Hmm.., sebenarnya dia tidak tahu, saya simpan duit adalah kerana untuk kenduri kawen untuknya. Nanti kalau tak Grand, tarik muka tanda protes. Saya tidak kisah kalau kenduri kawen di rumah saya hanya kenduri doa selamat sahaja. Asalkan kenduri ditempat awak meriah!!! Dan saya pastinya akan melihat kegembiraan awak ketika itu.

Saya memang tiada kereta dan hanya naik moto sahaja. Dulu awak malu naik moto dengan saya, saya tahu maksudnya itu. Bermacam alasan awak beri kepada saya, bahawa 'mak' tak bagi naik moto dengan lelaki. Saya kefahaman... Padahal awak tak tahu, saya sudah pun beli rumah untuk kita. Walaupun kecil, tapi cukuplah untuk kita duduk sementara menunggu rumah yang lebih selesa. Saya beli rumah sebab, saya tahu.., harga kereta akan turun dan harga rumah akan naik mendadak. Saya ikut legacy ayah saya, kerana ayah saya sudah ada 7 buah rumah dan salah satu daripada rumahnya adalah milik saya. Sebidang tanah miliknya yang belum usaha juga milik saya. InsyaAllah.. Tapi awak tetap tinggalkan saya...

Dulu masa kita keluar, awak cakap saya selekeh, baju tak up-to-date dan tak pakai perfume. Ya.., memang saya begitu kerana nak mengekalkan bau asli. Nanti kalau dah kawen, awak sudah biasa dengan bau saya. Saya selekeh sebab saya nak ikut jejak ayah saya, dia memang selekeh, asalkan anak - anaknya bergaya. Saya simpati dengan cara ayah mendidik saya. Kadang - kadang saya perasan awak tarik muka sebab tingkah laku saya yang menjengkelkan. Suka pandang awek yang ada berdekatan.., awak cakap saya playboy. Sebenarnya saya nak bagitau yang saya jujur depan awak. Kalau awak nak tau, semua lelaki zahirnya begitu. Samada jujur ataupun tidak sahaja.

Awak awak awak awak awak awak dan awak kini "ada yang sudah" berumah tangga. Dulu saya ingat lagi awak tak suka kat saya sebab pekerjaan saya tidak bagus dan awak pilih lelaki yang lebih bagus dari segi pelajaran. Satu persatu saya perhatikan sahaja kisah hidup rumah tangga awak. Ternyata awak dilanda masalah. Kerana kini awak berjauhan bersama pasangan awak dan ada juga suami awak bekerja tidak stabil. Bukan saya nak kata, kalau awak kawen dengan saya, hidup awak akan bahagia. Setiap manusia pasti akan lalui juga perit getir kehidupan. Bezanya, saya akan ambil iktibar daripada permasalahan itu. Kadang - kadang awak post kat FB bagitau masalah rumah tangga awak. Kenapa sampai macam tu sekali...?

Saya lelaki manja.. What!!! MANJA!!! Dulunya awak selalu perli saya kerana saya manja dan awak kata lelaki kene kuat. Saya tengok sekarang awak sudah dapat lelaki yang KUAT. Kalau awak nak tahu, manja saya bukan untuk semua orang yang saya kenal. Mungkin untuk diri awak seorang sahaja. Saya buat begitu supaya awak tahu yang saya tidak pura-pura. Kadang-kadang lelaki yang KUAT itu tegas. Apabila di luar batasan, tegas itu akan menjadi baran. Awak nak ke lelaki yang selalu menengking awak? Apa yang jujur dari diri saya, saya tak akan sembunyikan. Tapi.., setelah saya keluarkan semuanya.. Awak sudah bosan dengan saya...

Dulunya awak hanya pandang saya sebelah mata, kerana mungkin saya hanya pemegang Diploma dan mungkin bergaji sikit. Mungkin pada pandangan awak, susah untuk hidup bersama saya dengan berbekalkan pendapatan sebegini. Saya yang dulu bukanlah yang sekarang - bak kata Tegar. Kini saya sudah pun menyambung pelajaran untuk membaiki kehidupan saya. Masih belum terlambat bukan. Satu persatu rezeki melimpah diri saya. Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran saya selama ini. Saya tidak membenci awak, akan tetapi awak yang membenci saya. Awak buang saya jauh-jauh. Apa - apa pun, saya doakan semoga awak bahagia bersamanya selamanya...

(akan disambung jika ada idea lagi, InsyaAllah...)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...