Tuesday, 15 July 2014

Aku dan "Si Peneman"

Assalammualaikum,

Semalam 14 Julai 2014 bersamaan dengan 16 Ramadan, adalah kali pertama dalam seumur hidup aku berbuka puasa keseorangan. Sedang kehangatan Israel menyerang warga awam Palestin, dalam keadaan darurat untuk diriku ini, aku terpaksa berbuka puasa di McDonald. Agak mengecewakan juga kerana tidak terdaya untuk menghindari dan hanya itu sahaja pilihan yang ada di sepanjang jalanraya MRR2.

Seperti biasa hidangan feberet iaitu Spicy Chicken McDuluxe dibeli dan aku memilih tempat duduk yang agak tersorok sebagai privacy. Tidak terfikir dan secara spontan aku meletakkan bag di kerusi hadapan menghadap tempat aku bersantap. Sewaktu aku sedang makan, seolah-olah aku dapat rasakan dihadapanku ada "someone" yang menemani aku. Sang amoi yang juga makan keseorangan dihadapan jauh memerhati aku, barangkali melihat aku juga makan keseorangan. Hahaha, satu suasana yang  sangat rare bagi diriku. (Dah macam boleh buat novel plak aku ni, hahaha)

P/s: Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua...

Monday, 2 June 2014

Stalker???

Assalamualaikum pembaca...

Korang pernah jadi stalker? Korang pernah di-stalker oleh seseorang? Apa yang korang faham mengenai stalker? Adakah stalker ni merimaskan? Setiap orang pasti akan alaminya.

Pada pendapat saya, stalker ni ada baik dan ada buruknya. Saya sendiri pernah jadi stalker dan pernah di-stalker oleh beberapa individu. Stalker ni best sebab kita boleh tahu perkembangan semasa seseorang yang kita minati. Mungkin seseorang itu hanya kawan ataupun dalam "perhatian". Akan tetapi, amat bahaya jika kita terlalu menaruh harapan terhadapnya. Jika seseorang itu sudah berpunya, pasti kita akan terasa dan mula mengundur diri. Sedangkan orang itu tidak tahu apa-apa. Kejam bukan?

Lagi kejam jika kita pernah di-stalker oleh seseorang yang secara zahirnya kita tidak suka dan dengan secara terang-terang beliau menjelma. Agak rimas dengan cara interaksinya. Samada secara paksa dan secara "slumber". Jika kita tidak ketahui tidak mengapa, tapi macam lebih-lebih pula sampai setiap masa mengganggu hidup harian.

Apa-apa pun, janganlah terus meletakkan stalker ini sesuatu yang merimaskan. Adakalanya ia suatu kepentingan sebagai tanda mengambil berat. Alangkah indahnya jika stalker itu adalah orang yang kita minati tanpa sedar. Yang penting, jangan terus melenting. Selidik dahulu jika perlu dan cuba beri respon yang positif. What you give, you get back.

JUMPA LAGI... (^,^)

Monday, 5 May 2014

Romancinta-Ku

Assalamualaikum...

Kadang - kadang cinta itu mengelirukan. Setelah segala usaha telah terlaksana, doa juga telah dipohon dan pelamaran pun sudah direstui, pasti turunnya ujian dari-Nya. Alangkah hebatnya cinta itu jika ujian itu dapat dihadapi... tapi malang, kita tidak kuat untuk hadapinya, kerana kita masih lemah. Memang benar Sang Pencipta sentiasa memberi kita yang terbaik, tapi adakah itu satu kebaikan untuk diri kita? atau sekadar ujian dari-Nya?

Sewaktu dialam percintaan, pastikan tiada yang kedua, kerana.., jika ada yang kedua, pasti yang kedua diberi pilihan utama dan yang pertama terpaksa mengalah.. 

Untuk apa kita berdoa jika kita tidak tunaikan?, untuk apa kita berdoa jika kita tidak mengikuti jalan yang telah disediakan?, Untuk apa kita berdoa jika ternyata dia adalah petunjuk dari-Nya?

Maka, tidak mengapalah jika itu keputusan yang telah dibuat. Cumanya, usahlah merungut dan mengeluh akan pilihan yang dibuat. Kerana satu langkah kesilapan pasti akan membawa penyesalan yang amat menyakitkan.

Maka, tidak perlulah mencari yang sempurna. Cukuplah dia sahaja yang menyempurnakan kita. Jalan masih terbuka dan perlu teruskan perjalanan. Detik itu pasti akan sampai. Sama ada cepat atau lambat. Aku tetap menanti...

#Jom layan lagu ni... ada hubung kaitnya...

Layan...!!!



Monday, 10 March 2014

Buat Pertama Kali-ku...

Assalamualaikum semua,

Pada 3 March 2014 yang lepas, satu pengalaman yang saya tidak akan lupakan adalah Menderma Darah...!!! Pada mulanya agak takut dan mengigil, akan tetapi apabila sudah selesai semuanya, Alhamdulillah segalanya baik - baik sahaja. (^_^)

InsyaAllah 3 bulan akan datang, saya akan meneruskan Derma Darah lagi...








P/s: Diharap pengguna darah saya ini akan lebih bermanfaat untuk hidupnya. Amin...

Friday, 21 February 2014

Pulau Yang Kedua...

Assalamualaikum semua...

Salah satu pengalaman yang kita tidak boleh lupakan adalah sewaktu kita bercuti di sesebuah Pulau. Di mana Pulau Pangkor adalah pulau kedua saya bercuti pada 14-16 Feb yang lepas. Pulau Pangkor ni tidaklah seperti Pulau Langkawi yang telah saya pergi dulu, kerana di Pulau Pangkor ini tersangatlah aman dan tenang. Dari segi penginapan dan transport juga amat senang di cari. Sesuai untuk pasangan yang baru kahwin datang ke sini... Kahwin??? Argghhh Tidakkkk...!!! Hahahaha...

Bawah ni ada beberapa gambar yang boleh dikongsi... hehehe...








P/s: Planning selepas kahwin adalah Percutian ke Pulau Tioman..., siapalah jodoh saya tu ye... cepat la datang..., xsabar nak honeymoon ni... huhuhu (^_^)






Friday, 7 February 2014

Pertemuan Penuh Bermakna...

Assalamualaikum semua...

Pada hari sabtu (1 Februari) yang lalu, malam yang sangat bermakna sekali dalam hidup saya kerana dapat bergambar dan bersalaman dengan salah seorang idola saya di Malaysia ini. Beliau memiliki jiwa yang tabah dalam menyebarkan agama Islam. Saya sangat kagum dengan personaliti beliau yang selalu menaikkan lagi semangat orang Melayu dan Islam. Beliau adalah Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

 Info yang beliau berikan pada malam tersebut sangat bernilai dan akan saya ingat sampai bila-bila. Beliau sanggup berkorban demi anak Melayu dan Islam... (^_^)







P/S: Harap selepas ini dapat bergambar dengan Ustaz Kazim pula...

Sunday, 19 January 2014

Our First Picnic...!!!

Assalamualaikum semua...

Pada hari selasa (Maulidur Rasul) yang lalu, kami telah pun memulakan aktiviti picnic yang pertama iaitu Mandi Manda with BBQ di Ulu Yam. Sangat happening dan sangat terbaik... hehe. Akan datang kami akan ke Pulau Redang... Insha Allah.

Ok xtau nak cakap ape dah.. Saksikan lahhh... :-p

Thursday, 19 December 2013

Great Ending!!!

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah.., selesai sudah Peperiksaan Akhir Semester Satu saya di OUM. Tiada sebarang tekanan sewaktu pembelajaran saya di sini. Segalanya bermula dengan baik-baik sahaja.

Study Group with Satay
Sempat lagi main Badminton walaupun nak Exam

Pekene durian selepas tamat Exam Akhir

Sesi Study Group yang Pertama

Masa ni last class kot... 

Jom minum dulu sebelum study

Syukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi kawan yang baik sewaktu proses pembelajaran. Walaupun berbeza jurusan, akan tetapi.., kami mengamalkan suasana study group... Kami berkongsi pendapat dan pandangan. Diharap semangat kami tidak pudar dan akan terus kekal selama-lamanya... InsyaAllah...

Kawan untuk selamanya...
Ada macam adi putra x..? hehe
Inilah kawan study group saya... semuanya disini...

Sunday, 8 December 2013

Pelangi Indah daripada Allah..!!!

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya baru je selesai Exam pertama saya sejak 7 tahun tidak pernah hadapinya. Syukur alhamdulillah saya hadapinya dengan tenang. Agak berbeza sedikit pada pembelajaran kali ini, suasana peperiksaan agak kelam kabut diselubungi dengan perasaan hiba. Bermacam perasaan saya bawa di dalam dewan peperiksaan tadi. Akan tetapi, walau bagaimanapun perasaan itu saya hadapinya dengan tenang. 

Beberapa hari sejak kebelakangan ini, hati saya agak sayu dan sedih kerana bermacam rintangan dan masalah yang saya terima. So... abaikan tentang itu...!!! 

Hari ni saya nak cerita tentang keajaiban perjalanan yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T. kepada saya, ianya sangat indah sekali... sila lihat bawah ini...

Assignment Management kene tutup sebab hanya memuaskan (^_^)
First time dapat FULL MARKS!!!
Syukur Alhamdulillah sekali lagi... Allah Maha Mengetahui setiap perjalanan saya... Kini saya sudah bersedia hadapi apa sahaja halangan yang berada di depan saya. Must Think Positive...!!! FAYTIINN!!!

Ini adalah lagu semangat saya untuk Exam Semester ini... Layan...!!!



Thursday, 21 November 2013

Pengurus Bola Sepak Kali Ke-2

Assalamualaikum semua pembaca...

Hari ni saya tergerak hati nak menceritakan mengenai tugas saya sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak. Ceritanya bermula pada tahun 2010, dimana pada masa itu saya hanya menjadi penonton sahaja. Kawan baik saya bernama Izuan (29 tahun) yang membawa saya ke padang untuk menonton perlawanan bola sepak peringkat daerah subang. Pada ketika itu saya hanya memerhati sahaja, tanpa sorak dan tengok membisu sahaja gelagat pemain dan juga penonton.

Pasukan saya tahun ini

Pada tahun 2011 pula, Izuan sekali lagi mengajak saya menonton perlawanan bola sepak. Dimana pada masa itu, dia nak saya bercampur dan bergaul dengan orang kampung dan orang ramai. Tugas pertama saya pada ketika itu hanyalah budak bawak air mineral sahaja atau dikenali sebagai "waterboy". Dalam masa sama, saya juga cuba untuk mengetahui selok belok pengurusan bola sepak.

Tegas menjalankan tugas yang di amanahkan

Pada tahun lepas iaitu tahun 2012, saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan bola sepak kerana pengurus yang sebelum ini ingin melepaskan jawatan kerana penat dan letih dengan ragam pemain. Dia yakin dengan kebolehan yang ada pada saya kerana saya memiliki kemahiran mengarah dan hati kering. hehehe (^_^). Syukur alhamdulillah saya berjaya mengendalinya dengan jaya sekali.

Bersama Ketua Pemuda (sponser kuat kami)

Pada tahun ini, saya sekali lagi diangkat, dipercayai dan diamanahkan untuk mengendalikan pasukan bola sepak. Walaupun saya berniat untuk "cuci tangan" pada tahun ini, tetapi kawan-kawan berkeras dan memberi semangat tinggi kepada saya untuk memimpin mereka lagi. Untuk pengetahuan pembaca, tiada siapa lagi yang boleh diharapkan melainkan saya (bukan nak cakap besar ye... hehe.. ). Watak saya di atas padang amatlah tegas, memang berbeza dengan situasi ditempat lain (poyo je lebih aku ni). Diharap tahun ini membawa satu kelainan buat pasukan, InsyaAllah. Tahun depan rasanya bolehlah "cuci tangan", dan boleh jadi penonton pula dengan "Isteri tersayang".... Opps.. (^_^)

Nampak garang x...? hehehe

Wednesday, 30 October 2013

Aku Seorang Pelajar!!!

Setelah mendapat petunjuk daripada Solat Istikharah dalam bulan Ramadhan yang lepas, kini saya sudah pun di gelar PELAJAR... Memang benar hikmah tersebut, bermacam kebetulan telah saya rasainya. Kuasa Allah Maha Esa. Antaranya, saya telah dapat kawan yang happening, dapat tahu masalah kawan-kawan, malah saya dapat tahu yang mana kawan dan yang mana lawan dan bermacam lagi kebetulan yang saya rasai.

Bermula dengan segi persediaan, sememangnya persediaan amat penting sekali apabila seseorang itu ingin melanjutkan pelajarannya. Antaranya persediaan dari segi kewangan, sokongan dan juga jati diri. Jika tiada persediaan, sistem pembelajaran itu akan menjadi lebih rumit. Merujuk kepada persediaan, Alhamdulillah bekalan daripada Diploma dahulu, saya gunakan dalam pembelajaran saya, contohnya adalah membuat assignment. Jadi dengan itu, saya tidak ego untuk share ilmu saya kepada kawan pembelajaran saya...



 


InsyaAllah, selagi kudrat saya masih kuat, selagi itu saya akan terus membantu kawan seperjuangan saya ini, kerana ilmu itu datangnya daripada Allah. Tidak lupa juga kepada guideliner saya yang menjadi tulang belakang dalam pembelajaran saya ini. Tanpa mereka jugak, saya pun tak berkemahiran untuk mengongsi maklumat.

Dan satu cerita lagi.., mengenai jodoh!!! saya rasa jodoh saya sudah sampai.. Teettttttt!!! Biarlah rahsia...

Malang sape dapat lelaki ni... 

Wednesday, 9 October 2013

HIV-ku Negative..!!!

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah saya sudah pun baik dari demam panas pada khamis petang minggu lepas. Suhu badan ketika itu adalah 40 Celsius dan Doktor telah pun beri MC pada keesokan harinya - Jumaat.


Ini semuanya adalah gara-gara oleh nyamuk. Mentang mentang la rabu malam tu saya lupa nak Ridsect bilik. Hmmm...

Dapat jugak balas dendam...
Akan tetapi, setelah diperiksa dan di uji kaji... Syukur bahawa saya bebas Denggi. Yeayy...

Tangan dah lemah...
Doktor jaat dah cucuk kita...


Dalam pada masa yang sama, saya memberanikan diri membuat keputusan untuk mengetahui sama ada saya bebas HIV ataupun tidak. Dup.. dap.. dup.. dap.. rasanya apabila ingin tahu buat pertama kali dalam sejarah hidup. Dan jawapannya adalah...

HIV-ku Negative

Yeayyy... HIV saya Negative... (dah macam nak kawen plak... hahaha). So... boleh la plan nak cari bakal isteri pulak pasni... hehehe... (^_^)

Wednesday, 2 October 2013

Tentang Aku...

Kini tiba masanya saya ceritakan kemelut yang berlaku di sebalik kehidupan saya. Ini merupakan kisah beberapa wanita yang pernah saya kenal selama ini. Persoalan utama, kenapa saya sering ditinggalkan dan masih single selama 7 tahun lebih..? Ini jawapannya.., sejak dari kecil lagi, saya telah di didik untuk bersederhana. Maka.., sesiapa yang pernah keluar dengan saya, saya akan menunjukkan sikap yang sangat ketara, iaitu berjimat. Jimat bukanlah bermaksud kedekut. Kadang - kadang saya sangat berkira apabila bab berbelanja. Itu adalah kelemahan saya yang tidak asing lagi. Bagi saya, hanya yang bergelar Sang Isteri sahaja yang berhak saya belanja. Sampai satu ketika saya sering dilabel sebagai KEDEKUT. Saya sudah lali dengan panggilan itu. Hmm.., sebenarnya dia tidak tahu, saya simpan duit adalah kerana untuk kenduri kawen untuknya. Nanti kalau tak Grand, tarik muka tanda protes. Saya tidak kisah kalau kenduri kawen di rumah saya hanya kenduri doa selamat sahaja. Asalkan kenduri ditempat awak meriah!!! Dan saya pastinya akan melihat kegembiraan awak ketika itu.

Saya memang tiada kereta dan hanya naik moto sahaja. Dulu awak malu naik moto dengan saya, saya tahu maksudnya itu. Bermacam alasan awak beri kepada saya, bahawa 'mak' tak bagi naik moto dengan lelaki. Saya kefahaman... Padahal awak tak tahu, saya sudah pun beli rumah untuk kita. Walaupun kecil, tapi cukuplah untuk kita duduk sementara menunggu rumah yang lebih selesa. Saya beli rumah sebab, saya tahu.., harga kereta akan turun dan harga rumah akan naik mendadak. Saya ikut legacy ayah saya, kerana ayah saya sudah ada 7 buah rumah dan salah satu daripada rumahnya adalah milik saya. Sebidang tanah miliknya yang belum usaha juga milik saya. InsyaAllah.. Tapi awak tetap tinggalkan saya...

Dulu masa kita keluar, awak cakap saya selekeh, baju tak up-to-date dan tak pakai perfume. Ya.., memang saya begitu kerana nak mengekalkan bau asli. Nanti kalau dah kawen, awak sudah biasa dengan bau saya. Saya selekeh sebab saya nak ikut jejak ayah saya, dia memang selekeh, asalkan anak - anaknya bergaya. Saya simpati dengan cara ayah mendidik saya. Kadang - kadang saya perasan awak tarik muka sebab tingkah laku saya yang menjengkelkan. Suka pandang awek yang ada berdekatan.., awak cakap saya playboy. Sebenarnya saya nak bagitau yang saya jujur depan awak. Kalau awak nak tau, semua lelaki zahirnya begitu. Samada jujur ataupun tidak sahaja.

Awak awak awak awak awak awak dan awak kini "ada yang sudah" berumah tangga. Dulu saya ingat lagi awak tak suka kat saya sebab pekerjaan saya tidak bagus dan awak pilih lelaki yang lebih bagus dari segi pelajaran. Satu persatu saya perhatikan sahaja kisah hidup rumah tangga awak. Ternyata awak dilanda masalah. Kerana kini awak berjauhan bersama pasangan awak dan ada juga suami awak bekerja tidak stabil. Bukan saya nak kata, kalau awak kawen dengan saya, hidup awak akan bahagia. Setiap manusia pasti akan lalui juga perit getir kehidupan. Bezanya, saya akan ambil iktibar daripada permasalahan itu. Kadang - kadang awak post kat FB bagitau masalah rumah tangga awak. Kenapa sampai macam tu sekali...?

Saya lelaki manja.. What!!! MANJA!!! Dulunya awak selalu perli saya kerana saya manja dan awak kata lelaki kene kuat. Saya tengok sekarang awak sudah dapat lelaki yang KUAT. Kalau awak nak tahu, manja saya bukan untuk semua orang yang saya kenal. Mungkin untuk diri awak seorang sahaja. Saya buat begitu supaya awak tahu yang saya tidak pura-pura. Kadang-kadang lelaki yang KUAT itu tegas. Apabila di luar batasan, tegas itu akan menjadi baran. Awak nak ke lelaki yang selalu menengking awak? Apa yang jujur dari diri saya, saya tak akan sembunyikan. Tapi.., setelah saya keluarkan semuanya.. Awak sudah bosan dengan saya...

Dulunya awak hanya pandang saya sebelah mata, kerana mungkin saya hanya pemegang Diploma dan mungkin bergaji sikit. Mungkin pada pandangan awak, susah untuk hidup bersama saya dengan berbekalkan pendapatan sebegini. Saya yang dulu bukanlah yang sekarang - bak kata Tegar. Kini saya sudah pun menyambung pelajaran untuk membaiki kehidupan saya. Masih belum terlambat bukan. Satu persatu rezeki melimpah diri saya. Syukur Alhamdulillah berkat kesabaran saya selama ini. Saya tidak membenci awak, akan tetapi awak yang membenci saya. Awak buang saya jauh-jauh. Apa - apa pun, saya doakan semoga awak bahagia bersamanya selamanya...

(akan disambung jika ada idea lagi, InsyaAllah...)



Sunday, 29 September 2013

5 Perkara Di Setiap 5 Kali Solat Istikharah-ku

Pada bulan Ramadhan yang lepas.., saya telah pun membuat 5 kali Solat Istikharah berturut - turut bertujuan untuk mendapatkan petunjuk jika di Izinkan-Nya.
Bertuahnya saya apabila saya telah mendapat kelima - lima mimpi tersebut dan berbeza jalan ceritanya. Akan tetapi, di akhir mimpi tersebut.., jika saya mahu ke lima - lima perkara tersebut, saya hendaklah....



Sambung belajar...!!!! (^_^) 

Dengan ini saya ingin memohon jasa baik kawan - kawan yang membaca blog saya ini, sama - sama doakan saya, semoga saya berjaya dalam pembelajaran... Amin...

Nak tahu 5 perkara tersebut x..? Hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...