Monday, 1 July 2013

Satu Petanda Baik Untuk-Ku, InsyaAllah...

Kalimah ALLAH di atas Kurma Nabi
Assalamualaikum...

Pada 28 May 2013 bersamaan 18 Rejab 1434 yang lepas, Ibu dan Ayah telah pun berlepas pergi ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Ibadah Umrah dan pada 8 June 2013, alhamdulillah mereka telah pun pulang ke tanah air dengan selamatnya.

Seperti biasa saya ada memohon 3 doa untuk ibu sampaikan apabila teringat di sana. Yang pertamanya adalah, saya meminta supaya ibu mendoakan supaya saya mendapat jodoh yang terbaik dalam masa terdekat ini. Selain meminta daripada ibu bapa saya, ada 3 orang lagi yang juga pergi ke sana telah saya pinta (Macam xbtol je ayat BM saya ni, lantakkan... hehehe).

Doa kedua yang saya mohon adalah, supaya saya berubah ke arah kebaikan.., InsyaAllah... Doa ketiga terpaksa saya rahsiakan kerana sejak sejak ini., seolah olah ada petunjuk diberi kepada saya., InsyaAllah saya kan cuba mencari jalannya.

Seperkara lagi, apabila saya hendak makan buah kurma, saya amat terkejut apabila kurma nabi yang dibeli oleh ayah saya di sana telah membuatkan saya sangat terharu. Ianya satu nikmat kesyukuran yang amat besar buat saya. InsyaAllah semoga ada petanda yang baik untuk saya juga kelak.

InsyaAllah bermulanya saat ini, perjalanan hidup saya diberkati dan baik baik hendaknya... Amin... (^_^)

Thursday, 27 June 2013

Cendol mengajarku erti kasih...


Assalammualaikum...

Ramai orang suka makan cendol, termasuk saya. Akan tetapi.., ramai yang jarang dapat sebuah penghargaan seperti mana yang saya dapat. Dengan memakan cendol sahaja, sedikit sebanyak telah mengubah cara hidup saya hingga kini. Nak tahu bukan...!!! hehehe...

Cerita ni agak lama jugak.., sejak dari zaman Nokia Model 3310 lagi... hehehe... Seperti biasa selepas habis je kuliah dalam jam 4 petang, badan terasa penat dan lesu. Pada waktu itu, saya dan kawan semoto tiba-tiba teringin nak makan cendol. Maka kami pun singgah di satu gerai di tepi jalan. Dengan secara pantasnya kami pun order, "Cendol pulut 2 - makan". Tidak sampai 5 minit makanan pun siap, dan peniaga tersebut pun hidang kepada kami.

Kebetulan pada masa itu, kami semeja bersama seorang pakcik dan makcik yang sedang makan disitu. Umurnya dalam lingkungan 60an. Beliau mengajak kami bersembang mengenai pelajaran. Kami dengan hati terbuka, kami pun mendengar setiap tutur kata beliau walaupun pada waktu itu kami cuma dengar-dengar ayam sahaja. Dalam masa sama, beliau menyuruh kami belajar rajin-rajin demi masa depan anak melayu. Sedikit sebanyak telah menyentuh hati kami.

Selepas kami dan pakcik makcik tadi berborak, makanan pun habis dimakan. Tiba-tiba pakcik tadi pun bangun dan membayar makanan cendol kami tadi. Saya dan kawan memandang sesama sendiri dengan mengangkat kening sebagai tanda "rezeki". Seperti biasa, kami ucapkan terima kasih kerana belanja kami makan. Sewaktu kami ingin beredar, agak terperanjatnya saya dan kawan bahawa pakcik dan makcik tadi tu menaiki kereta BMW. Pada waktu itu, segala penceritaannya tadi terus masuk ke dalam memory pemikiran saya.

Sejak dari itu, saya mula bertekad akan menjadi seperti pakcik tersebut. Walaupun nilai cendol hanyalah RM2 untuk 2 mangkuk.., akan tetapi sedikit sebanyak mengajar saya pelbagai pengertian. Jika satu hari nanti apabila kedudukan saya seperti pakcik tersebut, tidak mustahil saya akan belanja sesiapa sahaja yang makan semeja dengan saya. InsyaALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...