Tuesday, 20 August 2013

-KU SIMPAN RASA -



Kadang - kala, ku simpan perkataan

Tidak dapat ku luahkan
Kerana menjaga perasaan insan
Aku tetap berikan senyuman

Kalimat - kalimatku tersangkut
Bahasaku direbut
Aku berlidah petah tapi bisu
Aku bermadah tapi kelu

Mengapa aku terbungkam?
Kerana…
Agar tiada tangisan ataupun dendaman
Oleh perkataan jika dilontarkan
Enggan engkau yang terguris
Atau perasaanmu terhakis
Sekalipun jantungku terhiris

Ku telan rasa yang berisi luka
Ku hanya diam dan perhatikan sahaja
Tapi…
Di sebalik kepura-puraan menjaga perasaan
Jiwaku menggelepar bergelora
Menuntut hak bersuara
Ingin memberita apa yang ada dalam benaknya

Jika kau tahu perkataan yang dibisukan
Jika kau faham apa yang ku diamkan
Jika kau menelaah madah yang tidak ku luahkan
Kau akan tahu betapa benarnya aku..
Kau akan perasan betapa aku telah berkorban
Kau akan rasa betapa aku menyimpan derita
Tapi…
Aku pendam dan telan buat sekian
Hanya kerna… Ingin menjaga perasaanmu agar tidak terganggu
Sekalipun sengsara di dadaku telah pun tepu

Cuma.., bila tiba masanya
Ketika rasa membuak duka
Tanpa bahasa, tanpa kata
Kan ku ubati luka dengan jalan yang tidak dijangka


*Saya masih sayangkan awak walau saya tahu begitu mustahil awak untuk saya*


(Walau rezeki itu jatuh dari langit dan berada didepan mata sekalipun, belum tentu ianya milik saya)

Friday, 26 July 2013

Rayaku Kurang Sedikit Dari Sederhana... (^_^)

Assalamualaikum...

Salam Jumaat, Salam Nuzul Al-Quran dan Salam Ramadhan kepada semua... Hari ni saya berasa sebak sehingga bergelimangan air mata saya pada hari yang sangat mulia ini. Lupakan tentang cinta, dan saya nak share kepada semua cerita tentang hari raya saya...

Hari ini alhamdulillah saya sudah pun sampai di Surah An-nahl, Juz keempat belas... Sila lihat bawah...


Dengan kesempatan yang ada di tempat kerja, saya akan gunakan masa itu dengan membaca Al-Quran. InsyaAllah... Pada belah malam pula saya menunaikan Solat Sunat Tarawih...



Semalam dalam pukul 10, saya dan adik membeli belah di Tesco, memandangkan Tesco tutup pukul 1 pagi... hehehe.. Saya seperti biasalah, bukan tahu beli sangat... Ini hasil pembelian saya, xde kene mengene pun... hahaha...

Hahaha.., koko krunch pun ada... mungkin sebab tengah promosi... beli je la kan... dan tidak ketinggalan Anak Buah pun melaram jugak dengan songkoknya..., padahal dia perempuan... layankan je...

Cumil x kita Pak Ngah...!!!

Akan tetapi.., final pembelian saya adalah dua benda ni... masih dalam kira kira samada nak beli ke x... Iaitu Spek Mata dan Jam Tangan... hehehe...


Maaflah sebab ayat tunggang terbalik... sebab hari ni betul betul rasa sebak... hmmm.. 
Tapi papepun.., Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin... Berayalah dengan gembira jika hati anda tidak gembira... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...