Thursday, 16 August 2012

Surah Al-A'raaf

Muqaddimah Surah Al-A'raaf

Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 206 ayat. Dinamakan surah "Al-A'raaf (Tembok Yang Tinggi), kerana dalam ayat 46 dan ayat-ayat yang berikutnya diterangkan perihal "Tembok Al-A'raaf" yang memisahkan antara Syurga dan Neraka.

Intisari kandungan : Menarik perhatian mengenai Kitab Suci Al-Qur'anul-Karim : tentang tujuannya diturunkan dan tentang kewajipan Rasulullah (s.a.w.) menyiarkan ajarannya, serta memberi semangat kepada Baginda supaya janganlah ia merasa bimbang atau berdukacita terhadap kaum kafir yang menolak dan mengingkarinya.

Diterangkan juga tentang kisah Rasul-Rasul dan kaum masing-masing, serta bagaimana golongan yang menderhaka di antara mereka dibinasakan oleh Allah Ta'ala.

Diterangkan pula tentang ni'mat kejadian manusia dari bapa yang satu - Adam (a.s.) dan tentang keingkaran Iblis, serta diperintahkan supaya manusia berjaga-jaga dari hasutan Syaitan, musuh yang besar itu.

Kemudian digambarkannya pula apa yang akan berlaku dalam alam akhirat, tentang ahli Syurga dan ahli Neraka dan tentang pengakuan mereka : bahawa apa yang dijanjikan oleh Allah Ta'ala adalah benar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...