| Bersama kawan baikku - Jibam |
Assalamualaikum.., kisah kali ini mengenai Lelaki Pemalu.., ianya mengisahkan mengenai diriku sendiri... hehehe... Banyak juga kelebihan dan keburukan lelaki pemalu ni sebenarnya... Tapi kali ni saya akan menceritakan salah satu keburukan yang ada pada diri saya sendiri mengenai lelaki pemalu ini.
Semalam 17 Feb 2013, saya telah menghadiri majlis perkahwinan kawan sekampung saya, fariz. Secara tidak langsung, nak dipendekkan cerita..., selepas saya mengambil makanan untuk dimakan, saya makan se-meja dengan seorang perempuan bertudung merah dan berbaju ungu. Beliau ditemani ayah dan maknya. Secara tiba tiba, cara pemakanan saya menjadi tidak teratur apabila 2-3 kali saya dan si dia berpandangan... Rasanya beliau cukup sempurna dan kawan-kawan pun berkata begitu..
Setelah selesai makan, saya terus ke bahagian tepi pelamin dan mengintai wanita itu. Si dia memberi respon yang agak baik apabila membalas senyuman saya. Juga 2-3 kali kami sudah mula senyum. Akan tetapi.., apabila wanita itu mahu pulang, beliau betul-betul lalu sebelah saya.., sangat dekat.., nasib baik xlaga bahu... hehehe.. Rupa-rupanya beliau berdiri 100cm dibelakang saya. Mungkin memberi peluang kepada saya untuk menyapa beliau. Waktu itu perasaan saya agak gementar kerana ayahnya masih berada di situ. Jika ikutkan hati, memang saya mahu meminta nombor telifonnya.. Tapi malangnya.....
Sebelum beliau beredar, saya sempat toleh untuk kali terakhir, mungkin tiada jodoh untuk kami. Ya Allah..
Betul kata orang, peluang hanya sekali... Bukan senang nak jumpa rezeki depan mata... Mungkin disebabkan faktor pemalu saya yang sangat banyak. Ntah la bila boleh jumpa lagi... Harap satu hari nanti kita berjumpa lagi.., dan harap kawannya itu (pengantin perempuan) boleh membantu... In Sha Allah..
| Sempat toleh si dia dan telah merosakkan gambar ini... hehehe |
awak...nape tak minta je no fon..tnye kt pengantin pompuan tu..mane taw dye knal..hehehehe...sweet je :D
ReplyDelete